Sign In
Web Creator

Senarai Calon Ujian Bertulis bagi 

Jawatan Pegawai Kewangan Bergaji Hari


Bagi pemohon-pemohon jawatan tersebut di atas, proses penilaian seterusnya adalah ujian Psikometrik secara paper and pencil dan ujian secara bertulis yang berkaitan dengan jawatan.


Sila klik disini bagi senarai calon


Tarikh Ujian:

3hb. Mac 2020 hingga 7hb. Mac 2020

(sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa)


Tempat Ujian:

Dewan An-Najah, Tingkat 2,

Institut Perkhidmatan Awam,

Simpang 256-24,

Jalan Kampung Rimba


Perhatian:

  1. Sila bawa Kad Pengenalan.
  2. Sila bawa keperluan alat tulis seperti PEN, PENSIL 2B, PEMADAM dan MESIN KALKULATOR.
  3. Sila hadir 30 minit sebelum ujian. Calon yang lewat, tidak akan diberikan lebih masa untuk menjalani ujian.
  4. Tidak dibenarkan untuk menukar sesi ujian tanpa makluman.
  5. Sila gunakan [Ctrl +F] (Kad Pengenalan Calon) untuk mencari nombor indeks calon.
  6. Sila pakai pakaian yang menutup aurat dan kemas. Jika gagal, calon tidak akan dibenarkan untuk menduduki ujian.
  7. Jika calon tidak hadir ujian dikira menarik diri dan permohonan tersebut tidak berjaya.
  8. Calon yang didapati melakukan kesalahan seperti meniru, menyalin dan menggambar soalan atau menduduki ujian bagi pihak orang lain akan disenaraihitamkan daripada memohon sebarang jawatan yang diiklankan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi tempoh 6 bulan dari tarikh kesalahan bagi kesalahan pertama dan setahun bagi kesalahan-kesalahan seterusnya.
  9. Bagi sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi 2383809.