Sign In
Web Creator

MOFE Run 2025 Bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di Dalamnya



09 Oktober 2025

Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan MOFE Run 2025 bagi warga Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan dalamnya pada Hari Khamis, 17 Rabiulakhir 1447H bersamaan 09 Oktober 2025M bermula di Kawasan letak kereta VIP, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan mengelilingi Taman Menteri Besar dan diakhiri di Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank, ketua ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya berserta pegawai dan kakitangan daripada Brunei Darussalam Central Bank. 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan senaman pemanasan badan dan diteruskan dengan larian pertandingan `Competitve Run’ sejauh 5km, larian ‘Competitive Platinum’ sejauh 2.6km dan diikutii dengan Walkathon sejauh 2km. 

MOFE Run 2025 diadakan adalah merupakan inisiatif kementerian ini dalam mengimbang kesihatan mental dan fizikal, yang mana aktiviti sukan bukan sahaja ia dapat menyihatkan badan bahkan ianya dapat mewujudkan kecerdasan minda dan fizikal. Disamping itu juga, ianya sebagai salah satu cara untuk menyahut inisiatif Kementerian Kesihatan dalam pertandingan BN on the Move Championship 2025 yang telah dilancarkan melalui aplikasi BruHealth pada 28 September 2025 yang lepas. 

Acara pada tahun ini adalah dikelolakan oleh Agensi Pelaburan Brunei, Kementerian Kewangan dan Ekonomi. 

- TAMAT - 


Disediakan oleh: 

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat 

Kementerian Kewangan dan Ekonomi 

Negara Brunei Darussalam 


Emel: pr@mofe.gov.bn

Rujukan: KKW/ADM/16

Tarikh:  7 Rabiulakhir 1447H 09 Oktober 2025M





Attachments