01 September 2025
Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya telah mengadakan
Majlis Persembahan Dikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam bagi Tahun 1447 Hijrah pada hari Isnin, 08 Rabiulawal 1447H bersamaan 01
September 2025M bertempat di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampong Serusop.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis Persembahan Dikir Syarafil Anam ialah Yang Mulia Dato
Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Timbalan Menteri Kewangan dan
Ekonomi (Ekonomi). Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Fiskal I), Timbalan Setiausaha
Tetap (Perdagangan dan Industri), ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan
lelaki Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya.
Persembahan Dikir Syarafil Anam adalah untuk menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di samping bagi mengenang jasa Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam dalam memperjuangkan syiar Islam sekali gus menyuntik rasa kecintaan kepada
Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Sebelumnya, Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan majlis yang sama pada
hari Sabtu, 06 Rabiulawal 1447H bersamaan 30 Ogos 2025M bertempat di Masjid Pengiran Muda
Abdul Malik, Kampong Tungku Katok.
Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Kementerian Kewangan
dan Ekonomi telah diselenggarakan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian
Kewangan dan Ekonomi.
-TAMAT-
Disediakan oleh:
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat
Kementerian Kewangan dan Ekonomi
Negara Brunei Darussalam
Emel: pr@mofe.gov.bn
Rujukan: KKW/ADM/28 Pt.4
Tarikh: 08 Rabiulawal 1447H / 01 September 2025M
%20Dikir%20Serusop%20B.jpeg)
%20Dikir%20Serusop%20A.jpeg)