Sign In
Web Creator

Majlis Persembahan Dikir Syarafil Anam Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di Dalamnya Tahun 1447H


30 Ogos 2025

Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya telah mengadakan Majlis Persembahan Dikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1447 Hijrah pada hari Sabtu, 06 Rabiulawal 1447H bersamaan 30 Ogos 2025M bertempat di Masjid Pengiran Muda Abdul Malik, Kampong Tungku Katok.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis Persembahan Dikir Syarafil Anam ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi). Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Fiskal I), ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan lelaki Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya. 

Persembahan Dikir Syarafil Anam adalah untuk menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di samping bagi mengenang jasa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam memperjuangkan syiar Islam sekali gus menyuntik rasa kecintaan kepada Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. 

Seterusnya, Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan meneruskan Majlis Persembahan Dikir ke Masjid Mohamed Bolkiah, Kampong Serusop pada hari Isnin, 08 Rabiulawal 1447H bersamaan 01 September 2025M. 

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah diselenggarakan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan dan Ekonomi. 

-TAMAT-


Disediakan oleh: 

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat 

Kementerian Kewangan dan Ekonomi 

Negara Brunei Darussalam 

Emel: pr@mofe.gov.bn 


Rujukan: KKW/ADM/28 Pt.4 

Tarikh: 06 Rabiulawal 1447H 30 Ogos 2025 




Attachments