09 Jun 2025
Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi tahun 1446H/2025M pada hari Isnin, 12 Zulhijjah 1446H bersamaan 09 Jun 2025M bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha-Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya.
Sebanyak tujuh (7) ekor kerbau dikorbankan yang disertai oleh empat puluh Sembilan (49) orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan dan ahli-ahli keluarga Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh YM Awang Abdul Haadi bin Haji Ali Hassan dan diselajurkan dengan luangan takbir yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohammad Hazwan Hanif bin Haji Junaidi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II juga seterusnya menyempurnakan agihan daging-daging korban kepada serratus (100) orang penerima-penerima yang terdiri daripada golongan asnaf kawasan Daerah Brunei-Muara.
Majlis ini juga merupakan aktiviti keugamaan yang diadakan setiap tahun oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam, di samping mengongsikan kegembiraan bersama golongan-golongan yang kurang bekemampuan. Majlis pada tahun ini telah dikendalikan oleh Tabung Amanah Pekerja, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
-TAMAT-
Disediakan oleh:
Kementerian Kewangan dan Ekonomi
Negara Brunei Darussalam
Emel: pr@mofe.gov.bn
Rujukan: KKW/ADM/13 pt.1
Tarikh: 12 Zulhijjah 1446H 09 Jun 2025
%20Korban%20B.jpeg)
%20Korban%20C.jpeg)