02 Jun 2025
Mesyuarat Kerjasama Dua Hala Kali Ke-12 di antara Jabatan Kastam dan Eksais Diraja
(JKED) Negara Brunei Darussalam dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), telah
diadakan di sebuah hotel di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam pada 2hb
Jun 2025.
Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Awang Muhammad Azizil
Hakim bin Haji Brahim, Pemangku Pengawal Kastam dan Eksais Diraja, JKED dan Yang
Berusaha Puan Hajah Siti binti Mang, Timbalan Ketua Pengarah Kastam, JKDM dan turut
dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari JKED dan JKDM.
Mesyuarat telah membincangkan perkembangan terkini bagi kedua-dua pentadbiran
kastam serta isu-isu berkepentingan bersama untuk memperkukuhkan kerjasama dalam
pelbagai aspek. Fokus diberikan kepada inisiatif bersama bagi memudahcara
perdagangan rentas sempadan tanpa mengetepikan keselamatan pergerakan barangan
di Pos-Pos Kawalan serta pengawalan yang berkesan bagi membanteras aktiviti-aktiviti
yang tidak diinginkan seperti penyeludupan barang di sempadan dan perairan negara.
Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada pembangunan kapasiti dan pertukaran
pegawai melalui latihan dalam perkhidmatan (on-the-job training).
Mesyuarat Kerjasama Dua Hala Kali Ke-13 di antara JKED dan JKDM dijadualkan akan
berlangsung di Malaysia pada tahun 2026.
- TAMAT -
Disediakan oleh:
Jabatan Kastam dan Eksais Diraja
Kementerian Kewangan dan Ekonomi
Emel: info@customs.gov.bn
Tarikh: 4 Zulhijjah 1446
2 Jun 2025
Rujukan: JKED/PR/1/2025
%20JKED%20C.jpeg)
%20JKED%20B.jpeg)
%20JKED%20A.jpeg)