Sign In
Web Creator

Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Tabung Amanah Pekerja (TAP) Yang Ke-32 Tahun


31 Januari 2025

Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah menganjurkan Majlis Doa ​Kesyukuran pada hari Khamis, 30 Rejab 1446 Hijrah bersamaan 30 Januari 2025 Masehi bertempat di Surau Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Majlis sambutan ini adalah bagi melafazkan tanda kesyukuran serta meraikan penubuhan Ulangtahun TAP ke-32 tahun. 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TAP.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah TAP dan pegawai serta kakitangan TAP.

Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan oleh tetamu kehormat majlis kepada Yang DiPertua Pertubuhan WARGAMAS, Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don. Majlis diteruskan dengan menunaikan sembahyang fardhu Asar secara berjemaah, diteruskan dengan bacaan Doa Selamat serta Doa Kesyukuran.




Attachments