30 Januari 2025
Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj bagi tahun
1446H/2025M pada hari Khamis, 30 Rejab 1446H bersamaan 30 Januari 2025M bertempat di
Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, Jalan
Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam.
Hadir selaku tetamu kehormat ke majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang
Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
dan Ekonomi II. Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji
Abdul Hamid, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Pengiran Datin
Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan
dan Ekonomi (Fiskal), Pemangku Setiausaha-Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan
bahagian beserta pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan disusuli dengan penyampaian Ceramah
Khas yang bertajuk ‘Menyelusuri ‘Ibrah Peristiwa ‘Isra dan Mi’raj’ yang disampaikan oleh Yang
Mulia Ustaz Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin, Pegawai Hal Ehwal
Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Majlis ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan keagamaan Kementerian Kewangan dan
Ekonomi yang bertujuan untuk memperingati dan membesarkan peristiwa Isra’ dan Mi’raj,
disamping mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pegawai-pegawai dan kakitangan
Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya.
Majlis pada tahun ini diselenggarakan oleh Bahagian Perdagangan, Kementerian Kewangan dan
Ekonomi.
Disediakan oleh:
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat
Kementerian Kewangan dan Ekonomi
Negara Brunei Darussalam
Email: pr@mofe.gov.bn
Tarikh: 30 Rejab 1446H | 30 Januari 2025M
Rujukan: KKW/ADM/15
%20Isra%20Miraj.jpeg)