Sign In
Web Creator

Kempen Kebersihan Persisiran Pantai bagi Serpihan Laut "Coastal Marvel" di Bawah Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan

Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya telah mengadakan kempen kebersihan persisiran pantai bagi serpihan laut atau 'marine debris' pada hari Ahad, 23 Rabiulakhir 1446H bersamaan 27 Oktober 2024 bertempat di Taman Rekreasi Pantai Muara, Daerah Brunei Muara.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada kempen tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian, pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya.

Kempen dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan senaman pemanasan badan sebelum kempen persisiran pantai dimulakan.

Pada penghujung kempen kebersihan, sebanyak 1000 kilogram sampah telah dikutip. 

Kempen Kebersihan Persisiran Pantai bagi serpihan laut “Coastal Marvel" adalah salah satu inisiatif bagi menyahut saranan Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu kebersihan di persisiran pantai yang berpunca daripada serpihan laut atau marine debris, terutamanya sisa plastik dan disamping itu juga, aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim dan meningkatkan perpaduan dikalangan warga kerja Kementerian Kewangan dan Ekonomi.


Attachments