22 Ogos 2024
Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi
Pertandingan Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta
Jabatan-Jabatan di dalamnya Tahun 1446H/2024M pada hari Khamis, 17 Safar 1446H bersamaan 22
Ogos 2024M bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi,
Commonwealth Drive, Negara Brunei Darussalam.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis penyampaian hadiah tersebut ialah Yang Berhormat Dato
Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji
Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Pemangku
Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central
Bank, Pengarah Urusan Agensi Pelaburan Brunei, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan
di dalamnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan penyampaian hadiah kepada
pemenang-pemenang Qari dan Qariah beserta cenderahati kepada hakim-hakim. Johan Qari telah
disandang oleh Awang Md Hazwan Hanif bin Hj Junaidi dari Tabung Amanah Pekerja, naib johan
disandang oleh Awang Khairun Nadzeeren bin Hj Awg Daud dari Jabatan Perbendaharaan, dan tempat
ketiga disandang oleh Awang Md Khairul Nazri bin Begawan Mudim Hj Sapar dari Jabatan Perancangan
Ekonomi dan Statistik. Manakala, johan Qariah telah disandang oleh Dayang Aqilah binti Hj Hassan
dari Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, naib johan disandang oleh Pg Hasrina binti Pg Hj
Hashim dari Tabung Amanah Pekerja, dan tempat ketiga disandang oleh Dayang Hjh Rozaidah binti
Hj Abd Rahman dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Majlis seumpama ini adalah salah satu aktiviti tahunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta
Jabatan-Jabatan di dalamnya untuk menggalakkan pembacaan ayat-ayat Suci Al-Quran disamping
mengetengahkan bakat-bakat diantara dikalangan pegawai dan kakitangan. Pada tahun ini majlis
telah diungkayahkan oleh Tabung Amanah Pekerja, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
-TAMAT-
Disediakan oleh:
Kementerian Kewangan dan Ekonomi
Negara Brunei Darussalam
Emel: pr@mofe.gov.bn
Rujukan: KKW/ADM/15
Tarikh: 17 Safar 1446H
22 Ogos 2024