Sign In
Web Creator

Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78 Tahun Bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya

​16 Julai 2024


Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-78 tahun bertempat di Surau, Island Block, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya. 

Majlis dimulakan dengan solat Sunat Hajat dan diikuti dengan bacaan Surah Yaasin dan Doa Kesyukuran sebelum diakhiri dengan Solat Fardhu Asar berjemaah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohd Amin bin Haji Salim, Pegawai Pemantau Zon 3, Masjid Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Ugama. 

Majlis berkenaan diadakan sebagai melahirkan kesyukuran akan kepimpinan Baginda Sultan dan seterusnya memanjatkan doa ke hadrat Allah S.W.T semoga Baginda dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal qarar memerintah negara dengan berlandaskan iman dan panduan daripada Allah S.W.T. Majlis pada tahun ini adalah dikelolakan oleh Bahagian Pelaburan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi. 


-TAMAT-

Disediakan oleh: Kementerian Kewangan dan Ekonomi Negara Brunei Darussalam 

Emel: pr@mofe.gov.bn 

Rujukan: KKW/ADM/27B 

Tarikh: 10 Muharram 1446H 16 Julai 2024



 

Attachments