13 Julai 2024
%20PKL%20B.jpeg)
Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat
Kerja Lama (P.K.L) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-77 Tahun
bagi Tahun 2023 pada hari Sabtu, 07 Muharram 1446H bersamaan 13 Julai 2024M bertempat di
Dewan Pengiran Lela Cheteria, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar, Berakas,
Bandar Seri Begawan.
Hadir bagi menyempurnakan penyampaian pingat-pingat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia
Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan dan Ekonomi II. Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin
bin Haji Abdul Hamid, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Pengiran
Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri
Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pemangku Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pengarah Urusan
Agensi Pelaburan Brunei, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai kanan dan
pegawai dan kakitangan yang raikan.
Seramai 38 orang telah menerima Pingat Kerja Lama (P.K.L), terdiri daripada kalangan pegawai
dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya
termasuk pegawai dan kakitangan daripada Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia.
Majlis diadakan sebagai penghargaan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah
berkhidmat lebih daripada 20 tahun bagi mengenang jasa dan bakti yang telah dicurahkan
sepanjang perkhidmatan.
-TAMAT-
Disediakan oleh:
Kementerian Kewangan dan Ekonomi
Negara Brunei Darussalam
Emel: pr@mofe.gov.bn
Rujukan: KKW/ADM/104
Tarikh: 07 Muharram 1446H
13 Julai 2024