10 Julai 2024
%20Ilal%20Hijrah%20A.jpeg)
%20Ilal%20Hijrah%20B.jpeg)
Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah pada hari Rabu,
04 Muharram 1446H bersamaan 10 Julai 2024M bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian
Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang
Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan
Ekonomi II. Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul
Hamid, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka
Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi
(Fiskal), Pemangku Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pemangku Pengarah Urusan Brunei Darussalam
Central Bank, Pengarah Urusan Agensi Pelaburan Brunei, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai
dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan penyampaian sebuah ceramah
khas yang bertajuk “Barubah atau Baru Bah” dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Awal Tahun
yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Ali Yusri bin Haji Abd Ghafor, Ketua Bahagian
Kaunseling, Kementerian Pendidikan.
Majlis ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan keagamaan Kementerian Kewangan dan
Ekonomi yang bertujuan untuk memperingati dan membesarkan Sambutan Ilal Hijrah, disamping
mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian ini.
Majlis pada tahun ini diselenggarakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pengurusan Strategik,
Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
-TAMAT-
Disediakan oleh:
Kementerian Kewangan dan Ekonomi
Negara Brunei Darussalam
Emel: pr@mofe.gov.bn
Rujukan: KKW/ADM/15
Tarikh: 04 Muharram 1446H
10 Julai 2024