Sign In
Web Creator

Tabung Amanah Pekerja Mengikuti Jerayawara Hari Menabung Kebangsaan

​07 Jun 2024


Dalam sama-sama menjayakan sambutan Hari Menabung Kebangsaan 2024 yang disambut pada setiap 28hb Mei, Tabung Amanah Pekerja (TAP) telahpun ikut serta di siri Jerayawara Kesedaran Kewangan (Financial Awareness Roadshows) mulai 06hb Jun 2024 yangmana siri pertama diadakan di Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Mentiri.

Beberapa aktiviti yang dikendalikan oleh TAP di sepanjang jerayawara ini adalah berkonsepkan permainan digital untuk mempromosikan celik kewangan yang menampakkan impak menabung seawal peringkat penuntut sekolah rendah. 

Ianya adakah selaras dengan konsep jerayawara iaitu ”meningkatkan tahap celik kewangan digital” dengan harapan akan dapat meningkatkan kesedaran kepada penuntut mengenai kepentingan untuk menabung, pandai berdikari dari segi kewangan (financial independence) dan seterusnya untuk meningkatkan kesedaran mengenai cara-cara untuk menangani isu-isu kewangan. 

Antara aktiviti yang juga giat dijalankan oleh TAP ialah program kesedaran mengenai perancangan kewangan kepada khalayak ramai melalui kerjasama dengan kementerian-kementerian bertujuan untuk memupukkan kepentingan untuk menyimpan bagi masa hadapan. Pada masa yang sama, TAP juga menyediakan perkhidmatan Perancangan Persaraan untuk Ahli-ahli TAP bagi mendapatkan bantuan konsultasi dalam membuat perancangan persaraan. Mana-mana Ahli yang berminat boleh lah hubungi TAP di 272 2929 untuk membuat temu janji. Di sepanjang siri jerayawara ini, TAP akan turut serta termasuk semasa acara penutup iaitu Financial Fun Fair yang akan diadakan nanti 

Attachments