Sign In
Web Creator

Kes Tangkapan Barang-Barang Tegahan Kastam

​06 Jun 2024 

Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) melalui Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang telah menjalankan dua gerakan operasi di kawasan Kampong Madewa dan Kampong Perpindahaan Lambak Kanan, Daerah Brunei Muara.

Hasil gerakan operasi yang pertama telah dijalankan pada hari Selasa, 28hb Mei 2024 di kawasan Kampong Madewa yang mana JKED telah berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan yang berumur 28 tahun atas kesalahan memiliki barang-barang kesalahan kastam iaitu: 

  • 650 katon dan 20 batang rokok pelbagai jenis; dan 
  • Sebuah kenderaan juga ditahan dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti penyeludupan barang kesalahan kastam. 

Hasil gerakan operasi yang kedua telah dijalankan pada hari Jumaat, 31hb Mei 2024 di kawasan Kampong Perpindahaan Lambak Kanan, yang mana JKED juga telah berjaya menahan dua individu warga tempatan yang berumur di antara 40 tahun dan 42 tahun atas kesalahan memiliki barang-barang kesalahan kastam iaitu: 

  • 278 unit vape pelbagai jenis; 
  • 21 botol perisa jus vape; 
  • 1 kotak, 05 set dan 13 pcs aksesori vape; dan 
  • 5 katon, 13 paket dan 22 batang rokok pelbagai jenis. 

Manakala pada hari Khamis, 03hb Jun 2024, pegawai-pegawai JKED yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam telah berjaya mengesan percubaan menyeludup barang-barang tegahan. JKED telah menahan seorang perempuan warga tempatan berumur 41 tahun atas kesalahan percubaan penyeludup 48 unit vape pelbagai jenis. 

Kesemua barang-barang terbabit telah dirampas dan individu terlibat telah dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan Undang-Undang untuk siasatan lanjut. 

JKED ingin menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi mana-mana perundangan Negara ini dan menghindari dari melakukan kegiatan-kegiatan penyeludupan atau membawa masuk dan keluar barang-barang tegahan, sekatan dan juga larangan Kastam. Memiliki barang-barang tegahan Kastam adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 146, Perintah Eksais 2006. 

JKED turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan aktiviti yang menyalahi perundangan dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh JKED. Orang ramai dialu-alukan untuk mengongsikan maklumat berkaitan apa jua kegiatan penyeludupan barang-barang tegahan Kastam atau apa jua aktiviti yang menyalahi perundangan Kastam dengan menghubungi JKED di talian utama JKED: 8714422/8721422 atau pejabat Kastam yang berdekatan. Pihak JKED juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan. 


JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA 

KEMENTERIAN KEWANGAN DAN EKONOMI 

Tarikh: 06hb Jun 2024 

RUJ KES KASTAM: ENF/PR/3/2022 


G A M B A R    K E S E L U R U H A N    B A R A N G    R A M P A S A N    G E R A K A N    O P E R A S I    P E R T A M A​


G A M B A R    K E S E L U R U H A N    B A R A N G    R A M P A S A N    G E R A K A N    O P E R A S I    K E D U 


G A M B A R    T A N G K A P A N    B A H A G I A N    P E N U M P A N G    L A P A N G A N    

T E R B A N G    A N T A R A B A N G S A    B R U N E I


Attachments