Sign In
Web Creator

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Dan Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim Bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan Di Dalamnya Tahun 1445H/2024M

​30 Mac 2024


Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma kepada Anak-Anak Yatim Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya Tahun 1445H/2024M pada hari Sabtu, 19 Ramadhan 1445H bersamaan dengan 30 Mac 2024M bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian beserta pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya. 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan Al-Quran daripada Awang Abdul Wafiy bin Haji Ibrahim, pegawai daripada Pejabat Penerbangan Kebawah Dulia Yang Maha Mulia, Pemenang Qari Pertandingan Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi Tahun 2023. 

Majlis disusuli dengan penyampaian derma kepada 19 orang anak-anak yatim Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis. 

Sebelum mengakhiri majlis, sebuah ceramah khas yang bertajuk ‘Al-Quran Pedomanku’ telah disampaikan oleh penceramah undangan Yang Mulia Ustaz Awang Fariszal bin Ali, Penolong Kaunselor Jabatan Penjara. 

Majlis seumpama ini adalah merupakan aktiviti keagamaan tahunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi di samping mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya. Majlis pada tahun ini diselenggarakan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat dan Nama-Nama Perniagaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi. 


#####

Kementerian Kewangan dan Ekonomi 

Negara Brunei Darussalam 

Tarikh: 19 Ramadan 1445H

           30 Mac 2024M

Rujukan: KKW/ADM/1




Attachments