Sign In
Web Creator

Majlis Bertahlil Di Kubah Makam Diraja dan Majlis Ceramah Khas Bagi Pegawai-Pegawai Dan Kakitangan Kementerian Kewangan Dan Ekonomi Serta Jabatan-Jabatan Di Dalamnya Sempena Bulan Ramadhan Tahun 1445H/2024M

Majlis Bertahlil Bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit Dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim Di Kubah Makam Diraja Bagi Pegawai-Pegawai Dan Kakitangan Lelaki; Dan Majlis Ceramah Khas Bagi Pegawai-Pegawai Dan Kakitangan Wanita Kementerian Kewangan Dan Ekonomi Serta Jabatan-Jabatan Di Dalamnya Sempena Bulan Ramadhan Tahun 1445H/2024M



16 Mac 2024

Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya telah mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim sempena bulan Ramadhan 1445 Hijrah bersamaan 2024 Masihi bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis Bertahlil ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi). Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian, beserta pegawai dan kakitangan lelaki yang beragama Islam. 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yaasiin dan diikuti dengan bacaan tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Julazni bin Haji Zaini, Imam Tingkat I, Masjid RPN Perpindahan Lambak Kanan, Kementerian Hal Ehwal Ugama. 

Manakala pada masa yang sama, pegawai-pegawai dan kakitangan wanita Kementerian Kewangan dan Ekonomi beserta Jabatan-Jabatan di dalamnya telah mengadakan Majlis Ceramah Khas sempena bulan Ramadhan bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis Ceramah Khas ialah Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal). Turut hadir Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian, pegawai dan kakitangan wanita Kementerian Kewangan dan Ekonomi berserta Jabatan-Jabatan di dalamnya. 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ceramah khas yang disampaikan oleh penceramah undangan Yang Mulia Ustazah Siti Hanisah binti Othman, Pegawai Pelajaran, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis seumpama ini adalah merupakan aktiviti keagamaan tahunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi disamping mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian ini serta Jabatan-Jabatan di dalamnya. Majlis pada tahun ini diselenggarakan oleh Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan dan Ekonomi. 


###

Kementerian Kewangan dan Ekonomi 

Negara Brunei Darussalam 

Tarikh: 05 Ramadhan 1445H | 16 Mac 2024M 

Rujukan: KKW/ADM/15 Pt.2




Attachments