%20TAP%20B.jpeg)
%20TAP%20A.jpeg)
25 November 2023
Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah menyertai Mesyuarat Lembaga ASEAN Social Security Association
(ASSA) ke-40 yang diadakan pada 20 hingga 22 November 2023 di Kuala Lumpur, Malaysia
bertemakan Embracing Diversity, Building a Shared Future. Mesyuarat kali ini dihoskan oleh Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Malaysia. Majlis perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh
Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I, Malaysia.
Pada hari pertama mesyuarat, sesi seminar dan perkongsian amalan terbaik dalam industri
perlindungan sosial telah diadakan. Pada hari berikutnya, mesyuarat turut memuatkan
penganugerahan Pengiktirafan ASSA bagi mengiktiraf pencapaian Ahli Organisasi ASSA, dan TAP
telah mendapat Pengiktirafan ASSA dalam kategori Strategic Communication Recognition Award
melalui projek Empowering Retirement Planning for the Silver Generation. Anugerah disampaikan oleh
Puan Keo Chanthavixay, Pengerusi ASSA 2022/2023 kepada Awang Haji Md Adfarul bin Haji
Maz Adanan, Pengarah Urusan TAP.
ASSA telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan memainkan peranan penting dalam pembangunan
sekuriti sosial di rantau ini. Sebanyak sepuluh buah negara telah menyertai ASSA iaitu Brunei,
Cambodia, Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Myanmar, Vietnam dan Laos. Mesyuarat
ini memberikan ruang untuk pakar-pakar dari negara-negara ahli untuk mengongsikan idea dan
pengalaman mengenai perkara sekuriti sosial