Sign In
Web Creator

Tujuh syarikat langgar Akta Kawalan Harga, Penggal 142 di sepanjang bulan Oktober 2023

20 November 2023

Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengambil tindakan ke atas tujuh buah premis perniagaan kerana gagal mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya di sepanjang bulan Oktober 2023.

Dalam pemeriksaan rutin harian yang dilaksanakan pada bulan Oktober 2023, enam buah premis perniagaan telah didapati menjual beberapa jenis minyak masak melebihi harga maksimum yang ditetapkan. Manakala, sebuah premis lagi didapati tidak memaparkan tanda harga pada beberapa jenis sayuran dan buah-buahan yang dijual di premis berkenaan. Berikutan itu, lima notis amaran telah dikeluarkan ke atas premis-premis terbabit. Makanala, dua syarikat dikenakan tindakan kompaun seperti keterangan berikut:

Dikesempatan ini, JPES sekali lagi mengingatkan para peniaga untuk sentiasa bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan perniagaan yang beretika dan sentiasa mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 khususnya melibatkan barangan yang dikawal harga untuk tidak dijual melebihi harga maksimum yang ditetapkan serta memastikan barangan yang dijual sentiasa dipamerkan tanda harga yang jelas, tepat dan tidak mengelirukan. 

Maklumat harga maksimum bagi barangan yang dikawal harga boleh diperolehi di dalam aplikasi mudah alih PenggunaBijak dan di laman sesawang JPES di www.deps.gov.bn/cad. 5. Sebarang pertanyaan atau aduan pengguna berkaitan Akta Kawalan Harga, Penggal 142 boleh disalurkan ke JPES melalui saluran-saluran rasmi berikut dengan menyertakan dokumen sokongan seperti resit pembayaran dan gambar sebagai bukti: 

  • Aplikasi mudah alih PenggunaBijak 
  • Talian Darussalam 123
  • E-mel aduanpengguna@jpes.gov.bn​


******* 

Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik 

Kementerian Kewangan dan Ekonomi






Attachments