Sign In
Web Creator

Mesyuarat Kerjasama Dua Hala Kali Ke-10 di Antara Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Negara Brunei Darussalam dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)


Mesyuarat Kerjasama Dua Hala Kali Ke-10 di antara Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Negara Brunei Darussalam dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah berlangsung di Radisson Hotel, Bandar Seri Begawan pada 15hb November 2023.

Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Awang Muhammad Azizil Hakim bin Haji Brahim, Pemangku Pengawal Kastam dan Eksais Diraja, JKED dan Yang Berbahagia Dato' Sazali Bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Kastam, JKDM. 

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan JKED dan JKDM bagi membincangkan isu-isu kemajuan terkini bagi kedua-dua pentadbiran kastam, dan juga isu-isu kepentingan bersama bagi meningkatkan lagi kerjasama dalam pelbagai aspek terutama sekali dalam usaha bersama memudahcara perdagangan rentas sempadan tanpa mengetepikan keselamatan pergerakan barangan yang melalui Pos-Pos Kawalan, serta pengawalan yang berkesan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang tidak diinginkan, seperti penyeludupan barang di sempadan dan perairan negara.


JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA KEMENTERIAN 

KEWANGAN DAN EKONOMI 

Tarikh: 15hb November 2023 


Attachments