Sign In
Web Creator

Majlis Persembahan Dikir Syarafil Anam Ke Masjid-Masjid Sempena Sambuatn Maulud Nabi Muhammad SAW bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi Serta Jabatan-Jabatan Di Dalamnya Bagi Tahun 1445 Hijrah


Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya telah mengadakan Majlis Persembahan Dikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1445H pada hari Selasa, 03 Rabiulawal 1445H bersamaan 19 September 2023M bertempat di Masjid Pengiran Muda Abdul Malik, Kampung Tungku/Katok.

Hadir selaku Tetamu Kehormat semasa majlis berkenaan ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi). Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Asrul Adrain bin Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr Haji Ahmad, Pemangku Setiausaha Tetap (Fiskal I), Yang Mulia Awang Mohammad Harris bin Brigadier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Industri), ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan lelaki Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya.

Seterusnya, Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan mengadakan Majlis Persembahan Dikir Syarafil Anam di Masjid Universiti Brunei Darussalam pada hari Khamis, 05 Rabiulawal 1445H bersamaan 21 September 2023M. 

Majlis Persembahan Dikir Syarafil Anam ini adalah untuk menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping bagi mengenang jasa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam memperjuangkan syiar Islam sekali gus menyuntik rasa kecintaan kepada Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. 

Majlis sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi pada tahun ini dikelolakan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei, Kementerian Kewangan dan Ekonomi. 


Kementerian Kewangan dan Ekonomi 

Negara Brunei Darussalam 

Tarikh: 03 Rabiulawal 1445H 

            19 September 2023




Attachments