Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Unit Pembangunan Koperasi dibawah Bahagian
Industri dan Ekosistem Perniagaan mengadakan sesi taklimat khusus bagi koperasi-koperasi yang
berdaftar di Negara ini mengenai dengan “Peluang-Peluang Perniagaan di Sektor Permakanan
dan Perkhidmatan Logistik”, bertempat di Dewan Teater, Kementerian Kewangan dan Ekonomi
pada 24 dan 25 Mei 2023.
Taklimat berkenaan disampaikan oleh beberapa Pegawai daripada Agensi-Agensi Kerajaan yang
mana topik-topik taklimat antaralainnya merangkumi dasar-dasar, proses dan perkhidmatan yang
dapat diceburi didalam sektor permakanan dan perkhidmatan logistik.
Taklimat pada hari kedua akan dimulakan dengan sesi “sharing session” mengenai pengalaman
Syarikat-Syarikat dibidang sektor berkenaan dengan mendengarkan perkongsian daripada empat
(4) panel jemputan yang terdiri daripada wakil daripada Syarikat Ghanim International
Corporation Sdn Bhd, Brunei International Airport Cargo Centre (BIACC), Muara Port Company
Sdn Bhd (MPC) dan Gomamam.
Program akan diakhiri dengan acara lawatan ke Syarikat Ghanim International Corporation Sdn
Bhd dengan membawa para peserta untuk melihat secara lebih dekat perkhidmatan dan fasiliti-fasiliti yang ada di bangunan Brunei Food Industry Development Multipurpose Manufacturing &
Processing Facility (BFID).