%20JPES%20D.jpeg)
Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengeluarkan tujuh (7) kompaun kepada tujuh (7) buah premis perniagaan atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya, bagi bulan Februari hingga pertengahan bulan Mac 2023.
Hasil kerja-kerja pemeriksan rutin harian penguatkuasaan Akta Kawalan Harga, Penggal 142, JPES telah mendapati tujuh buah premis perniagaan melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 iaitu menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan bagi barangan yang dikawal harga di bawah Akta Kawalan Harga iaitu minyak masak dan susu tepung anak damit; tidak mempamerkan tanda harga bagi beberapa barangan yang dijual; dan memaparkan tanda harga yang mengelirukan dan tidak selaras dengan kaunter pembayaran. Berikut adalah keterangan mengenai kesalahan-kesalahan berkenaan yang telah dikeluarkan kompaun:
Bil
| Nama Syarikat | Kesalahan
| Tindakan (Kompaun) |
1
| Roshney Alif Sdn Bhd | Menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan bagi barangan yang dikawal harga di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 | $500.00
|
2 | Ya Nur Trading Co. Sdn Bhd | $500.00
|
3
| Al Muqsith Sdn Bhd | $1,000.00 |
4
| Noorfathima Sdn Bhd | $700.00
|
5
| Pooman Enterprise
| $500.00
|
6
| Raimmar Sdn Bhd
| $500.00 |
Pada bulan Februari hingga pertengahan bulan Mac 2023, sebanyak lima belas (15) Notis Amaran juga telah dikeluarkan atas beberapa kesalahan sama yang dinyatakan di atas.
Oleh yang demikian, para peniaga diingatkan untuk sentiasa bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan secara beretika dengan mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dalam usaha untuk membangunkan ekosistem perniagaan domestik yang berdaya tahan.
Dalam kesempatan ini, JPES turut menggalakkan para pengguna untuk mengoptimakan penggunaan saluran-saluran rasmi yang disediakan dan mudah diakses bagi menyalurkan sebarang aduan atau maklum balas berkaitan dengan Akta Kawalan Harga, Penggal 142 melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak; Talian Darussalam 123; dan emel aduanpengguna@jpes.gov.bn.
Sebarang maklumat lanjut mengenai Akta Kawalan Harga, Penggal 142 juga boleh diperolehi melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak dan laman sesawang JPES di www.deps.gov.bn.
*******
Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik
Kementerian Kewangan dan Ekonomi
%20JPES%20A.jpeg)
%20JPES%20B.jpeg)
%20JPES%20C.jpeg)