Sign In
Web Creator

Para Peniaga dialu-alukan menyertai Jualan Mega Brunei (JMB) 2023 bagi membantu meningkatkan aktiviti

Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna akan mengadakan acara jualan murah tahunan di peringkat kebangsaan bertajuk Jualan Mega Brunei (JMB) 2023 bermula esok, 16 Mac 2023 hingga 6 Mei 2023 selama 52 hari. 


Acara jualan murah tahunan di peringkat kebangsaan JMB 2023 ini memberi peluang kepada para peniaga untuk menarik pelanggan dengan menawarkan potongan harga istimewa ke atas barangan dan perkhidmatan bagi merangsang penggunaan dalam negeri (domestic consumption). 


JPES mempelawa penyertaan para peniaga dari pelbagai sektor untuk sama-sama menyokong acara jualan murah kebangsaan dan membantu menyumbang kepada meningkatkan kegiatan perekonomian negara dengan menggalakkan orang ramai untuk berbelanja dalam negeri, sempena kedatangan bulan Ramadhan dan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba. 


Para peserta yang ikut serta di dalam acara JMB 2023 akan dipaparkan di dalam aplikasi mudah alih PenggunaBijak melalui ciri “Jualan & Diskaun” bagi tujuan publisiti dan bagi memudahkan pengguna mengetahui peserta JMB 2023 dan memudahkan pengguna berkunjung ke premis-premis perniagaan berkenaan


Di kesempatan ini, JPES mengingatkan peserta JMB 2023 untuk sentiasa menjalankan perniagaan dan acara jualan murah secara beretika dengan mematuhi Perintah Pelindungan Pengguna (Perdagangan Wajar) 2011 dan Perintah Paparan Tanda Harga, dengan mempamerkan tanda harga dan diskaun serta terma dan syarat dengan jelas bagi memastikan pengguna membuat pilihan pembelian yang bermaklumat. Dalam pada itu, Notis Acara Harga Jualan Murah yang dikeluarkan oleh JPES hendaklah dipamerkan dengan terang dan jelas di setiap premis perniagaan masing-masing. 


Borang Makluman untuk menyertai acara JMB 2023 boleh dimuat turun dari laman sesawang JPES iaitu www.deps.gov.bn/cad atau diperolehi melalui kaunter semasa hari dan waktu bekerja. Borang Makluman yang lengkap boleh dihadapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pengguna bermula hari ini sehingga hari Sabtu, 25 Mac 2023 melalui e-mel sales@jpes.gov.bn atau dihantar terus ke kaunter pada alamat berikut: 

Jabatan Hal Ehwal Pengguna 

Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik 

Bilik 2A3:06, Aras 3, West Wing 

Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping 

Bandar Seri Begawan BA1131 

Negara Brunei Darussalam 


Sebarang pertanyaan mengenai JMB 2023 boleh disalurkan kepada JPES melalui aplikasi PenggunaBijak atau e-mel (sales@jpes.gov.bn)​​​


Attachments