Sign In
Web Creator

Kes Tangkapan Gerakan Operasi Barang Tegahan Kastam

​Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) melalui Bahagian Penguatkuasa UndangUndang telah menjalankan dua gerakan operasi di kawasan Seria, Daerah Belait. 

Dua gerakan operasi yang telah dijalankan pada hari Sabtu, 14hb Januari 2023 di kawasan Seria, JKED telah berjaya menahan dua lelaki penduduk tetap yang berumur 22 tahun dan 33 tahun, seorang perempuan penduduk tetap yang berumur 61 tahun dan seorang lelaki warganegara tempatan yang berumur 58 tahun atas kesalahan memiliki barang kesalahan Kastam, iaitu: 

  • ​5,604 pelbagai jenis vape juice, pod dan e-liquid; 
  • 3,982 vape aksesori dan 85 vape mod; 
  • 870 tin dan 158 botol minuman keras pelbagai jenis; 
  • 41 katon dan 07 batang rokok pelbagai jenis; 
  • 30 kotak dan 73 biji mercun pelbagai jenis;
  • daun-daun kering dipercayai dadah jenis Ganja seberat 61.1 gram (berat kasar); 
  • wang tunai berjumlah BND25,498.00 dan SGD3,228.00 dipercayai hasil daripada aktiviti penjualan barang kesalahan Kastam; dan 
  • sebiji telefon bimbit dipercayai untuk menjalankan aktiviti penjualan barang kesalahan Kastam. 

Kesemua barang-barang terbabit telah dirampas dan individu-individu terlibat telah dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan Undang-Undang untuk siasatan lanjut. 

JKED ingin menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi mana-mana perundangan Negara ini dan menghindari dari melakukan kegiatan-kegiatan penyeludupan atau membawa masuk dan keluar barang-barang tegahan, sekatan dan juga larangan Kastam. Memiliki barang-barang tegahan Kastam adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 146, Perintah Eksais 2006.

JKED turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan aktiviti yang menyalahi perundangan dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh JKED. Orang ramai dialu-alukan untuk mengongsikan maklumat berkaitan apa jua kegiatan penyeludupan barang-barang tegahan Kastam atau apa jua aktiviti yang menyalahi perundangan Kastam dengan menghubungi JKED di talian utama JKED: 8714422/8721422 atau pejabat Kastam yang berdekatan. Pihak JKED juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan. 


JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA 

KEMENTERIAN KEWANGAN DAN EKONOMI 

Tarikh: 20hb Januari 2023 

RUJ KES KASTAM: ENF/PR/2/2023




Attachments