Sign In
Web Creator

Patuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 untuk elakpremis perniagaan dikompaun

​Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengeluarkan lima kompaun dengan jumlah keseluruhan sebanyak $2,900.00 kepada lima buah premis perniagaan kerana ketidakpatuhan terhadap Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya, pada bulan Disember 2022. 

Hasil daripada aduan orang ramai yang diterima secara rasmi oleh JPES serta berikutan pelaksanaan kerja rutin harian penguatkuasaan Akta Kawalan Harga, Penggal 142 telah mendapati lima buah premis perniagaan melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Bab 3B iaitu menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan bagi barangan yang dikawal harga (minyak masak) di bawah Akta Kawalan Harga dan Bab 5 iaitu berkaitan dengan paparan tanda harga. Berikut adalah keterangan mengenai kesalahan-kesalahan berkenaan yang telah dikeluarkan kompaun menurut kekerapan kesalahan dibuat:

Bil
Nama Syarikat
Kesalahan ​
Tindakan (Kompaun)
​1
​Syarikat Nur Mohamad Asli
​Menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan bagi barangan yang dikawal harga di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142
​$700.00
​2
​Ya Nur Trading Company Sdn Bhd
​Tidak memaparkan tanda harga bagi sebahagian barangan yang dijual di dalam premis perniagaan 
​$700.00
​3
​Premier Link Trading Company
​Memaparkan tanda harga yang mengelirukan iaitu paparan tanda harga tidak selaras dengan harga yang tercatat di dalam sistem kaunter pembayaran
​$500.00
​4
​Sim Kim Huat Trading Company Sdn Bhd 
​Memaparkan tanda harga yang mengelirukan iaitu paparan tanda harga tidak selaras dengan harga yang tercatat di dalam sistem kaunter pembayaran
$500.00
​5
​ Biolab Plus Company @ Melvida
​Memaparkan tanda harga yang mengelirukan iaitu paparan tanda harga tidak selaras dengan harga yang tercatat di dalam sistem kaunter pembayaran
​$500.00


Dalam kesempatan ini, JPES merakamkan penghargaan terima kasih kepada para pengguna yang telah melaporkan aduan secara rasmi melalui saluran-saluran yang telah disediakan dan secara bertanggungjawab dengan menyertakan maklumat lengkap termasuk dokumen sokongan seperti resit pembayaran dan gambar. 

JPES secara berterusan ingin menggalakkan para pengguna untuk mengoptimakan penggunaan saluran-saluran rasmi yang telah disediakan dan mudah diakses bagi menyalurkan aduan berkaitan dengan Akta Kawalan Harga, Penggal 142 seperti melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak; hotline Talian Darussalam 123; dan e-mel aduanpengguna@jpes.gov.bn. 

Dalam pada itu, para peniaga dinasihatkan untuk sentiasa menanai tanggungjawab dalam mematuhi peraturan-peraturan yang sedia ada termasuk Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dalam usaha bagi membangunkan ekosistem perniagaan domestik yang mengamalkan amalan perniagaan yang beretika, termasuk memastikan paparan tanda harga yang betul dan jelas. 

Sebarang maklumat lanjut mengenai Akta Kawalan Harga, Penggal 142 boleh diperolehi melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak yang boleh dimuat turun melalui platform App Store dan Google Play, atau laman sesawang JPES di www.deps.gov.bn.


Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik 

Kementerian Kewangan dan Ekonomi



 


Attachments