Sign In
Web Creator

2 Kompaun dan 6 notis amaran atas kesalahan menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan memaparkan tanda harga yang mengelirukan

​Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengeluarkan 2 kompaun dan 6 notis amaran kepada 8 buah premis perniagaan atas kesalahan melanggar Akta Kawalan Harga, Penggal 142. 

Penguatkuasaan rutin harian yang dijalankan oleh JPES melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna telah mendapati dua buah premis perniagaan melakukan kesalahan menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan bagi barangan yang dikawal harga di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142, dan tindakan kompaun telah dikeluarkan seperti berikut:

​Bil.
Nama Syarikat
Tindakan (Kompaun)
​1
Syarikat Fairozdin Mini Mart​
$700.00​
​2
Hama Department Store
$500.00​


Sementara itu, bagi dua minggu pertama di dalam bulan September 2022 ini telah merekodkan sebanyak 6 notis amaran dikeluarkan kepada 6 buah premis perniagaan atas kesalahan menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan memaparkan tanda harga yang mengelirukan iaitu paparan tanda harga tidak selaras dengan harga yang tercatat di dalam sistem pembayaran, termasuk sebuah farmasi. 

Para peniaga sentiasa diingatkan untuk mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan mengamalkan perniagaan yang wajar dan beretika. Ini adalah penting kerana amalan perniagaan yang wajar dan beretika adalah merupakan di antara elemen yang menyumbang kepada penggunaan domestik yang berdaya tahan dan mampan dan seterusnya meningkatkan aktiviti perekonomian domestik Negara. 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan membuat aduan rasmi mengenai amalan perniagaan yang tidak wajar, para pengguna disarankan untuk menggunakan aplikasi mudah alih PenggunaBijak yang boleh dimuat turun melalui platform App Store dan Google Play. Aduan perlu disertakan dengan dokumen sokongan seperti resit pembayaran dan gambar sebagai bukti. JPES juga boleh dihubungi melalui Talian Darussalam 123 atau e-mel kepada aduanpengguna@jpes.gov.bn. 




 

******* 

Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik 

Kementerian Kewangan dan Ekonomi

Attachments