Sign In
Web Creator

Kes Tangkapan Gerakan Operasi

Jabataastam dan Eksais Diraja (JKED) melalui Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang telah menjalankan dua gerakan operasi iaitu di kawasan Kampong Batong, Mukim Pengkalan Batu dan juga di kawasan rancangan perumahan Kampong Serasa, Daerah Brunei dan Muara. 

Hasil gerakan operasi JKED yang dijalankan pada hari Selasa, 30hb Ogos 2022 di kawasan Kampong Batong, Mukim Pengkalan Batu telah berjaya menahan dua lelaki warganegara tempatan yang berumur 30 dan 15 tahun atas kesalahan memiliki barang-barang tegahan Kastam iaitu: 

  • 291 katon dan 9 batang rokok; 
  • 71 unit pod vape; 
  • 24 botol dan 96 tin minuman keras pelbagai jenis; dan 
  • Wang tunai berjumlah BND2,328.00 dipercayai hasil daripada aktiviti penjualan barang-barang tegahan Kastam. 


Hasil daripada gerakan operasi sepadu JKED yang dijalankan pada hari Isnin, 05hb September 2022 di kawasan rancangan perumahan Kampong Serasa bersama Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) juga telah berjaya menjumpai 1,000 katon rokok pelbagai jenis. 

Semua barang-barang terbabit telah dirampas dan individu-individu terlibat dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang JKED bagi siasatan lanjut.

JKED ingin menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi mana-mana perundangan Negara ini dan menghindari dari melakukan kegiatan-kegiatan penyeludupan atau membawa masuk dan keluar barang-barang tegahan, sekatan dan juga larangan Kastam. Memiliki barang-barang tegahan Kastam adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 146, Perintah Eksais 2006. 

JKED turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan aktiviti yang menyalahi perundangan dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh JKED. Orang ramai dialu-alukan untuk mengongsikan maklumat berkaitan apa jua kegiatan penyeludupan barang-barang tegahan Kastam atau apa jua aktiviti yang menyalahi perundangan Kastam dengan menghubungi di talian utama JKED: 8714422/8721422 atau pejabat Kastam yang berdekatan. Pihak JKED juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan . 


JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA 

KEMENTERIAN KEWANGAN DAN EKONOMI 

Tarikh:  17hb September 2022 

RUJ KES KASTAM: ENF/PR/ 14 /2022​






Attachments