Sign In
Web Creator

Penerimaan Pembayaran Bil dan Perkhidmatan Melalui One Common Billing System (OCBS)

​Dengan penuh hormat sukacita memaklumkan bahawa Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan kerjasama Jabatan Perbendaharaan mula menggunakan One Common Billing System (OCBS) mulai hari Isnin, 11 April 2022 bagi penerimaan pembayaran ke atas bil dan perkhidmatanperkhidmatan, JPES seperti berikut: 

1.1 Pembayaran Denda dan Kompaun, Akta Kawalan Harga, Penggal 142; 

1.2 Pembayaran Sewa Bangunan; 

1.3 Pembayaran Balik Skim Pinjaman, Lembaga Kemajuan Ekonomi (LKE) dan 

1.4 Pembelian Buku-Buku Terbitan JPES. 

Dalam perkara ini, dengan penggunaan OCBS ini akan memudahkan orang ramai khususnya pelanggan-pelanggan JPES untuk menerima bil dan membuat pembayaran secara atas talian tanpa perlu mengunjungi kaunter JPES. Bagi mengakses OCBS ini, orang ramai boleh melayari portal https://ocbs.mofe.gov.bn/. 

Bagi sebarang pertanyaan mengenai OCBS ini, orang ramai boleh menghubungi JPES melalui talian telefon 2233344 sambungan 240 atau e-mel kepada finance@jpes.gov.bn.

Attachments