Penggunaan aplikasi merupakan kaedah atau pendekatan yang banyak
digunapakai oleh agensi di sektor swasta dan tidak ketinggalan juga di sektor
awam bagi memudahkan dan meningkatkan lagi kualiti penyampaian
perkhidmatan kepada orang ramai. Begitu juga dengan Jabatan Perancangan
Ekonomi dan Statistik telah memperkenalkan aplikasi PenggunaBijak pada
tahun 2016, ke arah transfomasi digital dengan menyalurkan maklumat di
hujung jari bagi kemudahan orang ramai.
Apa dia aplikasi PenggunaBijak?
Dengan motto “Maklumat Memperkasa Pengguna”, aplikasi PenggunaBijak
mengandungi maklumat-maklumat mengenai barangan yang dikawal harga
seperti minyak masak, susu tepung anak damit, mengenai jualan murah dan
diskaun yang ditawarkan oleh premis perniagaan, perkongsian mengenai
perlindungan pengguna dan kemudahan bagi pengguna membuat aduan
berhubung dengan amalan perniagaan yang tidak beretika.
Aplikasi ini diperkenalkan dengan tujuan untuk memudahkan pengguna dalam
membuat keputusan pembelian dimana pengguna dapat membuat
perbandingan harga barangan yang terdapat di pasaran. Selain itu, maklumat
mengenai keberadaan barangan tersebut juga dapat diperolehi dari aplikasi
PenggunaBijak.
Di samping itu, ianya dihasratkan dapat memupuk dan menggalakkan amalan
perniagaan yang beretika, telus dan bertanggungjawab di kalangan para
peniaga serta mewujudkan persekitaran pasaran yang adil.

MAKLUMAT DAN MANFAAT DARI PENGGUNAAN APLIKASI
PENGGUNABIJAK
Maklumat mengenai barangan dikawal harga di bawah Akta Kawalan
Harga, Penggal 142.
Maklumat mengenai harga maksimum yang ditetapkan bagi minyak masak,
susu tepung anak damit, beras, gula dan produk tenaga.

Maklumat bagi perbandingan Harga
Maklumat berkaitan barangan keperluan harian yang mempunyai permintaan
yang tinggi seperti minyak masak, tepung, makanan dalam tin, dan minuman
ringan yang dikongsikan oleh peniaga secara mingguan. Maklumat ini berguna
bagi memudahkan pengguna membuat perbandingan harga diantara premis-premis perniagaan/syarikat.


Maklumat mengenai harga barang makanan dan keperluan asasi
JPES memuatnaik maklumat berkaitan harga runcit bagi barangan makanan
dan keperluan asasi yang dipantau seperti ayam, telur, sungkup muka, dan
4
pembersih tangan (hand sanitiser) dan kit Antigen Rapid Test (ART Kit).
Maklumat senarai harga barangan makanan asasi dikemaskinikan pada setiap
minggu.

Maklumat mengenai harga kereta
Menyenaraikan harga indicative on-the-road bagi kenderaan bermotor
penumpang yang diperolehi daripada ejen-ejen kenderaan bermotor
penumpang di Negara ini.
Maklumat mengenai acara Jualan Murah
Membolehkan pengguna untuk mengetahui syarikat-syarikat yang mengadakan
acara jualan murah.
Maklumat mengenai bahan pendidikan Perlindungan Pengguna
Menyediakan bahan-bahan pendidikan dan pemberigaan mengenai
perundangan berkaitan dengan hal ehwal pengguna berpandukan Perintah
Pelindungan Pengguna (Perdagangan Wajar), 2011 dan Akta Kawalan Harga,
Penggal 142.
Aduan Pengguna
Menyediakan saluran rasmi atas talian bagi memudahkan pengguna untuk
menyalurkan aduan dengan mudah dan cepat.
Apakah saranan dan nasihat JPES kepada orang ramai?
Orang ramai diseru untuk menggunakan maklumat-maklumat yang telah
dimuatnaik di dalam aplikasi PenggunaBijak bagi meraih manfaat daripadanya.
Dengan penggunaan maklumat di PenggunaBijak dapat memupuk budaya
yang bijak dalam merancang perbelanjaan dengan membuat perbandingan
harga sebelum membuat keputusan pembelian.
Selain itu, pengguna yang berpengetahuan dan bermaklumat juga dapat
menyumbang dan mewujudkan sikap disiplin dan beretika di kalangan para
peniaga yang seterusnya akan membantu memacu perkembangan sektor
perniagaan runcit di negara ini.
Bagaimanakah pengguna dapat menyalurkan aduan?
Pengguna boleh menghubungi Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna,
JPES melalui:
- Applikasi PenggunaBijak
- Talian Darussalam 123;
- WhatsApp ke 8333123;
- Emel : aduanpengguna@jpes.gov.bn.
Para pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bukti pembelian seperti resit,
kontrak dan dokumen yang relevan sebagai bukti bagi kemudahan rujukan bagi
menyelesaikan aduan.
Gunakanlah aplikasi PenggunaBijak
Maklumat Memperkasa Pengguna
Jadilah Pengguna yang Bijak