​Situasi global dan serantau menyaksikan kenaikan harga barangan bukan sahaja harga
makanan tetapi juga harga barang mentah seperti minyak mentah dan input bahan
mentah untuk tanaman bukan sahaja akibat daripada kesan pandemik COVID-19, tetapi
juga berpunca daripada ketegangan geopolitik di peringkat antarabangsa, serta faktor di
luar kawalan seperti perubahan iklim yang menyebabkan cuaca yang tidak menentu dan
menjejaskan pengeluaran makanan.
Negara Brunei Darussalam seperti juga negara-negara lain di seluruh dunia, tidak
terkecuali daripada menghadapi pelbagai cabaran akibat dari penularan wabak COVID-19 dan ketegangan politik yang tidak dijangkakan yang melanda dunia pada masa ini.
Ditambah lagi situasi Negara Brunei Darussalam sebagai negara pengimport yang
mengimport sekitar 70% barangan terutama makanan dari negara luar. Beberapa faktor
utama telah mendorong kenaikan harga barangan di dunia antaranya adalah:
Kos pengangkutan dan logistik
Sejak penularan wabak COVID-19 melanda dunia, kos pengangkutan global menurut
Freightos Baltic Index Global Container Freight, bagi kontena 40 kaki telah meningkat
dari USD1,342 pada Julai 2019 kepada USD9,806 pada Januari 2022. Tambahan lagi,
kekurangan pekerja, penutupan premis perniagaan dan kilang pembuatan telah
menyebabkan pengurangan penghasilan dan penangguhan penghantaran barangan,
yang mana kesemuanya memberi kesan kepada kenaikan harga barangan secara
keseluruhan.
Peningkatan harga barang mentah seperti gandum dan jagung
Rusia dan Ukraine adalah di antara pengeluar utama bagi barangan asasi seperti
gandum, jagung dan minyak bunga matahari. Di antara kesan ketara ketegangan
geopolitik antarabangsa ini adalah kenaikan kos beberapa barangan makanan seperti
1 Freightos Baltic Index (FBX): Global Container Freight Index, www.fbx.freightos.com
2
minyak bunga matahari dan bijirin kepada 13% pada bulan Mac 2022 dengan hanya 1%
penurunan pada April 2022 menurut ukuran Indeks Makanan FAO (Food and Agriculture
Organisation) berikutan ketegangan geopolitik di peringkat antarabangsa.
Sekatan eksport barang mentah
Beberapa negara pengeksport terbesar barangan makanan asasi seperti gandum dan
minyak masak telah mula melaksanakan strategi untuk mengutamakan permintaan
domestik negara masing-masing. Antaranya, India kini menyekat pengeksportan
gandum, manakala Indonesia melarang pengeksportan minyak masak termasuk minyak
sawit bagi melindungi kepentingan pasaran domestik dan menghalang kenaikan harga
komoditi tersebut dalam pasaran domestik masing-masing. Baru-baru ini, Malaysia juga
telah mengambil langkah untuk menyekat pengeskportan ayam dalam usaha untuk
menstabilkan harga ayam di pasaran domestik. Langkah-langkah menghadkan bekalan
sedemikian akan mempunyai kesan kepada negara-negara yang bergantung kepada
import.
Kos pengambilan buruh turut terkesan akibat penularan COVID-19 di mana kos
pengambilan meningkat termasuk kos-kos perjalanan, kuarantin dan yuran ejen. Ini
menyumbang kepada kenaikan kos pembuatan secara keseluruhan dan seterusnya
memberi kesan kepada harga barangan di pasaran. Di samping itu, kekurangan bekalan
buruh asing akibat daripada sekatan perjalanan juga menyumbang kepada kenaikan kos
buruh.
Kesan kepada harga makanan asasi seperti ayam, sayuran
Kos bahan mentah khususnya baja yang kian meningkat telah memberi kesan kepada
harga sayur-sayuran. Manakala kos makanan ayam yang meningkat menjejaskan harga
ayam dan telur di pasaran. Tambahan juga, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu
seperti hujan berterusan, atau musim kemarau berpunca dari perubahan iklim dunia telah
menjejaskan jumlah penghasilan penanaman seperti bawang merah, ternakan dan
sumber penangkapan ikan dan seterusnya menjejaskan jumlah bekalan dan secara
langsung mendorong kepada kenaikan harga di pasaran. Sumber rantaian bekalan
seperti country of origin atau jumlah perantara (intermediaries) dan penjual semula
(resellers) sebelum barangan terjual di pasaran runcit juga mempunyai peranan dalam
menentukan harga barangan.
Usaha Kerajaan
Dalam menangani krisis kenaikan harga (inflasi) ini, antara inisiatif yang telah
dilaksanakan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian
Kewangan dan Ekonomi (MOFE), adalah dengan menjalankan aktiviti pemantauan
keatas harga barangan asasi yang dijual oleh sejumlah lebih 350 buah kedai-kedai runcit
di Negara Brunei Darussalam. Maklumat mengenai harga ini dikemaskini setiap minggu
dan disiarkan melalui aplikasi PenggunaBijak, laman sesawang JPES dan media.
Melalui maklumat ini membolehkan pengguna membuat perbandingan harga, serta
mengetahui pilihan barangan yang terdapat di pasaran. Barang-barang yang dipantau harganya ialah seperti minyak masak, ayam, telur, daging dan produk pertanian seperti
cili, bawang merah, halia, serta barangan kebersihan diri termasuk sungkup muka,
pembersih tangan, kit Anti-Gen Rapid Test.
Ketelusan harga, perbandingan harga dan pilihan yang tepat
Walaupun kenaikan harga barangan di Negara Brunei Darusslaam didorong oleh faktor-faktor di luar kawalan yang menimpa keadaan global dan serantau, dengan pemantauan
harga Kerajaan berusaha untuk menggalakkan prinsip ketelusan (transparency) di
kalangan peniaga-peniaga di negara ini. Maklumat mengenai harga-harga barangan di
kedai-kedai runcit mudah diperolehi di hujung jari dengan memuatnaik aplikasi
PenggunaBijak. Aplikasi PenggunaBijak, membolehkan pengguna membuat
perbandingan harga dan membuat pilihan produk atau jenama yang menawarkan harga
yang berpatutan. Bagi JPES, inisiatif ini membantu dalam memastikan para peniaga tidak
mengambil kesempatan dalam keadaan krisis untuk menaikkan harga yang berlebihan
dan tidak munasabah.
Pendekatan A Whole of Nation
Isu kenaikan harga memerlukan pendekatan bersepadu daripada pihak Kerajaan dengan
kolaborasi diantara pelbagai Kementerian, dari pihak sektor indsutri dan juga orang awam
dalam bersama menangani dan mencari jalan untuk mengurangkan impak inflasi. Para
pengusaha perlu merangka strategi untuk jangka panjang yang berdayatahan seperti
mempelbagaikan sumber import dan meningkatkan pengeluaran produk-produk
tempatan. Orang ramai khususnya pengguna juga memainkan peranan dengan
melaksanakan tanggungjawab dengan melaporkan apa juga amalan perniagaan yang
tidak wajar dan tidak beretika kepada pihak berwajib. Pihak Kerajaan pula akan
bekerjasama dengan pelbagai agensi yang berkepentingan untuk mengenalpasti apa jua
dasar yang perlu dilaksanakan bagi mengurangkan beban kos kehidupan dengan
kenaikan inflasi ini terutama kepada golongan yang kurang berkemampuan
Subsidi dan berjimat cermat
Rakyat dan penduduk
Negara Brunei Darussalam sangat beruntung dengan subsidi
minyak petrol, tenaga elektrik dan beras yang telah sekian lama dihulurkan oleh
Kerajaan. Tidak seperti negara-negara luar, peningkatan harga minyak mentah di
pasaran telah mendorong peningkatan harga petrol dan seterusnya meningkatkan kos
sara hidup. Dalam hal ini, rakyat dan penduduk di Negara ini perlu menghargai subsidi-subsidi yang telah dihulurkan oleh Kerajaan dengan menggunakannya dengan berhemat
dan tidak membazir