Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya telah mengadakan Majlis Bertadarus sempena bulan Ramadhan Tahun 1447H bersamaan 2026M bertempat di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Kampong Tungku / Katok, Gadong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pemangku Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank, Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah Urusan Agensi Pelaburan Brunei, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian beserta pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis dan diteruskan dengan bacaan Tadarus Al-Quran secara beramai-ramai yang disertai oleh pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Majlis kemudiannya diselajurkan dengan penyerahan sumbangan infak serta diakhiri dengan solat fardhu Asar berjemaah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Zulfadli bin Haji Awang, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Majlis seumpama ini adalah merupakan aktiviti keagamaan tahunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi pada setiap tahun di bulan Ramadhan dalam mengeratkan silaturrahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di bawahnya dan sambil meraih pahala lebih-lebih lagi untuk mendapatkan keredhaan serta keberkatan daripada Allah S.W.T.
Majlis Bertadarus pada tahun ini telah diselenggarakan oleh Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
-TAMAT-
Disediakan oleh:
Jabatan Perbendaharaan
Kementerian Kewangan dan Ekonomi
Negara Brunei Darussalam
Tarikh: 10 Ramadhan 1447H | 28 Februari 2026M
Rujukan: JPKK/A/357(A)(i)