Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) melalui Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang telah menjalankan satu gerakan operasi di kawasan Kampung Pengkalan Batu.
Hasil gerakan operasi yang dijalankan pada hari Rabu, 11hb Januari 2023 di kawasan
Jalan Panchor Murai, Kampung Pengkalan Batu, JKED telah berjaya menahan seorang
lelaki warga asing yang berumur 40 tahun atas kesalahan memiliki 12,160 katon rokok,
269 paket dan 80 batang rokok pelbagai jenis. Turut dirampas adalah wang tunai
berjumlah BND2331.00 yang dipercayai hasil daripada aktiviti penjualan barang kesalahan
Kastam.
Kesemua barang-barang terbabit telah dirampas dan individu terlibat telah dibawa ke
Pejabat Penguatkuasaan Undang-Undang untuk siasatan lanjut.
Ini merupakan hasil tangkapan JKED yang terbesar melibatkan rokok dengan nilai cukai
sebanyak BND1,145,934.00.
JKED ingin menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi mana-mana
perundangan Negara ini dan menghindari dari melakukan kegiatan-kegiatan
penyeludupan atau membawa masuk dan keluar barang-barang tegahan, sekatan dan
juga larangan Kastam. Memiliki barang-barang tegahan Kastam adalah menjadi satu
kesalahan di bawah Seksyen 146, Perintah Eksais 2006.
JKED turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan
kerjasama dengan menyalurkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan aktiviti yang
menyalahi perundangan dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh JKED. Orang ramai
dialu-alukan untuk mengongsikan maklumat berkaitan apa jua kegiatan penyeludupan
barang-barang tegahan Kastam atau apa jua aktiviti yang menyalahi perundangan Kastam
dengan menghubungi JKED di talian utama JKED: 8714422/8721422 atau pejabat Kastam
yang berdekatan. Pihak JKED juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi
maklumat adalah dirahsiakan.
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA
KEMENTERIAN KEWANGAN DAN EKONOMI
Tarikh: 14hb Januari 2023
RUJ KES KASTAM: ENF/PR/1/2023
%20JKED%20A.PNG)
%20JKED%20B.PNG)
%20JKED%20C.PNG)