Sign In
Web Creator

Padah Gagal Patuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 - 9 Kompaun dan 6 Notis Amaran dikeluarkan JPES di penghujung Oktober 2022

​Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengeluarkan sembilan kompaun dan enam notis amaran kepada beberapa syarikat perniagaan kerana melanggar Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Hasil daripada penguatkuasaan rutin harian JPES melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna telah mendapati beberapa buah syarikat melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 iaitu menjual barangan yang dikawal harga seperti minyak masak dan susu tepung formula anak damit serta barangan bersubsidi iaitu beras pulut, melebihi harga maksimum yang ditetapkan; tidak memaparkan tanda harga bagi sebahagian barangan yang dijual di dalam premis perniagaan; dan memaparkan tanda harga yang mengelirukan dan tidak selaras dengan harga yang tercatat di dalam sistem pembayaran. Tindakan kompaun seperti berikut telah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat berkenaan berpandukan kepada kekerapan dan jenis kesalahan yang dibuat:

Bil
Nama Syarikat​
Tindakan (Kompaun)
​1
Usaha Tasbih Mini Mart (Telisai, Tutong)​
$1,000.00​
​2
Al-Muqsith​
$700.00​
3​Sifana Sdn Bhd (Manggis Satu)​
$700.00​
​4
Shafra Trading (Bandar Seri Begawan)​
$500.00​
​5
Noorfathima (Menteri)​
$500.00​
6​Fairosdin Sdn Bhd (Jln Pandan, Belait)​
Dua (2) Kompaun berjumlah $500.00 bagi kesalahan yang berbeza​
7​
Salina's Mart (Telanai)​
$500.00​
​8
Pertama Department Store (Kg. Lambak)​
$500.00​



Tiga minggu terakhir bulan Oktober 2022 merekodkan pengeluaran enam notis amaran kepada enam buah syarikat perniagaan atas kesalahan-kesalahan tertentu iaitu menjual melebihi harga maksimum bagi minyak masak dan susu tepung anak damit; tidak memaparkan tanda harga pada sebahagian barangan yang dijual; dan memaparkan tanda harga yang mengelirukan dan tidak selaras dengan harga yang tercatat di dalam sistem pembayaran. 

Sebahagian daripada tindakan pengeluaran kompaun dan notis amaran tersebut adalah hasil maklumat daripada aduan orang ramai yang diterima oleh JPES secara rasmi termasuk melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak; hotline Talian Darussalam 123; dan e-mel aduanpengguna@jpes.gov.bn. 

Di kesempatan ini, JPES mengalu-alukan bagi sebarang aduan untuk disalurkan melalui kaedah yang betul dan saluran rasmi dengan disertakan bersama dokumen sokongan seperti resit pembayaran dan gambar sebagai bukti, bagi membantu melancarkan sebarang tindakan susulan yang akan dibuat. 

Maklumat lanjut mengenai Akta Kawalan Harga, Penggal 142 boleh diperolehi melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak yang boleh dimuat turun melalui platform App Store dan Google Play, atau laman sesawang JPES di www.deps.gov.bn. 


******* 

Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik 

Kementerian Kewangan dan Ekonomi​






Attachments