Sign In
Web Creator

Majlis Doa Selamat Bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan Di Dalamnya Tahun 1443H/2022M

​Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi bakal-bakal jemaah Haji pada hari Selasa, 14 Zulkaedah 1443 bersamaan 14 Jun 2022 bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam. 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Turut hadir Yang Mulia Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Yang Mulia Dayang Hajah Norliah binti Haji Kula, Setiausaha Tetap (Dasar dan Fiskal), Yang Mulia Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya termasuk pegawai dan kakitangan daripada Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Brunei Darussalam Central Bank. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan terus diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Isham bin Ismail, Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan seterusnya penyampaian sumbangan derma kepada bakal-bakal jemaah Haji. 

Majlis keugamaan seumpama ini merupakan aktiviti tahunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi meraikan pegawai dan kakitangan yang akan mengerjakan ibadah Haji pada tahun ini disamping mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangankakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya. Majlis pada tahun ini dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa.


Kementerian Kewangan dan Ekonomi 

Negara Brunei Darussalam 

Tarikh: 14 Zulkaedah 1443H 

           14 Jun 2022M

Attachments