Sign In
Web Creator

Majlis Penyempurnaan Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi

​Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya telah mengadakan Majlis Penyempurnaan Pengurniaan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya bertempat di Banquet Hall, Bridex, Jerudong. 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian pingat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Turut hadir ialah Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mantan Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Yang Mulia Timbalan-Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Setiausaha-Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi termasuk pegawai dan kakitangan daripada Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Brunei Darussalam Central Bank. 

Seramai 101 orang menerima Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B) manakala 103 orang menerima Pingat Kerja Lama (P.K.L) terdiri daripada kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya termasuk pegawai dan kakitangan daripada Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Brunei Darussalam Central Bank dan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Companies). 

Pengurniaan Pingat Indah Kerja Baik dan Pingat Kerja Lama adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan dari Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas jasa dan sumbangan bakti yang telah diberikan sepanjang mereka berkhidmat. Ianya juga sebagai motivasi dan penyuntik semangat kepada warga kementerian dan jabatan untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti kerja serta terus berbakti dengan lebih cemerlang.

Attachments