Kementerian Kewangan serta Jabatan-Jabatan di dalamnya telah mengadakan Walkathon 2026 pada Hari Rabu, 28 Safar 1448H bersamaan 12 Ogos 2026M bermula di Kawasan letak kereta VIP, Kementerian Kewangan dan mengelilingi Taman Rekreasi Jalan Menteri Besar dan diakhiri di Bangunan Kementerian Kewangan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada aktiviti tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri Menteri Kewangan II. Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan, Setiausaha Tetap, Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank, Pengarah Urusan Agensi Pelaburan Brunei, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan serta Jabatan-Jabatan di dalamnya berserta pegawai dan kakitangan daripada Brunei Darussalam Central Bank.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan senaman pemanasan badan dan diteruskan dengan larian pertandingan ‘Competitve Run’ sejauh 5km, larian rekreasi ‘Fun Run’ 2km dan diikuti dengan‘Competitive Platinum’ 3km.

Walkathon 2026 diadakan adalah merupakan inisiatif kementerian ini dalam mengimbang kesihatan mental dan fizikal, yang mana aktiviti sukan bukan sahaja ia dapat menyihatkan badan bahkan ianya dapat mewujudkan kecerdasan minda dan fizikal serta disamping mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian ini serta Jabatan Jabatan di dalamnya.

Aktiviti Walkathon 2026 pada tahun ini adalah dikelolakan oleh Agensi Pelaburan Brunei, Kementerian Kewangan.

– TAMAT –

Disediakan oleh:
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat
Kementerian Kewangan
Negara Brunei Darussalam

Emel: corporatecommunication@mof.gov.bn
Rujukan: KKW/ADM/16
Tarikh: 28 Safar 1448H | 12 Ogos 2026M