Kementerian Kewangan telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah pada hari Sabtu, 04 Muharram 1448H bersamaan 20 Jun 2026M bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri Kewangan II. Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan, Pemangku Setiausaha Tetap, Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank, Pengarah Urusan Agensi Pelaburan Brunei, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan serta Jabatan-Jabatan di dalamnya.

Satu ceramah khas yang bertajuk “Hijrah Penyelamat Akidah” telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Isham bin Ismail, Ketua Urusetia Program Keugamaan Belia, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis seumpama ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan keagamaan Kementerian Kewangan dan Ekonomi yang bertujuan untuk memperingati dan membesarkan Sambutan Ilal Hijrah, disamping mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian ini.

Majlis pada tahun ini diselenggarakan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat, Kementerian Kewangan.

-TAMAT-

Disediakan oleh:
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat
Kementerian Kewangan
Negara Brunei Darussalam

Emel: corporatecommunication@mofe.gov.bn
Rujukan:  KKW/ADM/15
Tarikh:  04 Muharram 1448H  |   20 Jun 2026M