Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj bagi tahun 1447H/2025M pada hari Isnin, 07 Syaaban 1447H bersamaan 26 Januari 2026M bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam.
Hadir selaku tetamu kehormat ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap, Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian beserta pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan disusuli dengan penyampaian satu ceramah khas yang bertajuk “Sembahyang Teras Modal Insan Cemerlang” sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Khas bagi kesihatan dan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei, Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Majlis ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan keagamaan Kementerian Kewangan dan Ekonomi yang bertujuan untuk memperingati dan membesarkan peristiwa Isra’ dan Mi’raj, disamping mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya.
Majlis pada tahun ini diselenggarakan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
TAMAT
Disediakan oleh:
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat
Kementerian Kewangan dan Ekonomi
Negara Brunei Darussalam
Email: pr@mofe.gov.bn
Tarikh: 07 Syaaban 1447H | 26 Januari 2026M
Rujukan: KKW/ADM/15