Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, telah menjemput Pasukan Polis Diraja Brunei untuk menyampaikan Taklimat Pencegahan Scam pada Hari Rabu, 07 Safar 1447H bersamaan 22 Julai 2026 bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan.
Taklimat tersebut disampaikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan dihadiri oleh seramai 200 orang Pegawai dan Kakitangan dari Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.
Inisiatif ini adalah kerjasama di antara Jabatan Perbendaharaan dan pihak Pasukan Polis Diraja Brunei dalam usaha memberikan pendedahan serta meningkatkan kesedaran kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya ke atas penipuan kewangan yang semakin meningkat, mengenalpasti jenis scam dan mengetahui langkah-langkah kewaspadaan dalam melindungi mangsa dari mana-mana jenis penipuan kewangan.
Turut dikongsikan ialah langkah-langkah yang perlu diambil apabila mengesan maklumat maklumat yang meragukan dan menekankan kepentingan membuat laporan melalui Talian Bantu Penipuan Dalam di Talian 16993 bagi membolehkan tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa.