Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya sempena bulan Ramadhan Tahun 1447H/2026M
bertempat di Masjid Ash-Shaliheen, Jabatan Perdana Menteri.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank, Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah Urusan Agensi Pelaburan Brunei, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian beserta pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya.

Acara dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis dan diteruskan dengan bacaan takhtim khatam Al-Quran dan diselajurkan dengan penyerahan sumbangan serta solat fardhu asar berjemaah yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran, Pegawai Hal Ehwal Masjid.

Majlis seumpama ini adalah merupakan aktiviti keagamaan tahunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi pada setiap tahun di bulan Ramadhan dalam mengeratkan silaturrahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya dan sambil meraih pahala lebih-lebih lagi untuk mendapatkan keredhaan serta keberkatan daripada Allah S.W.T.

Majlis Khatam pada tahun ini telah diselenggarakan oleh Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

-TAMAT-

Disediakan oleh:
Jabatan Perbendaharaan
Kementerian Kewangan dan Ekonomi
Negara Brunei Darussalam
Tarikh: 13 Ramadhan 1447H
3 Mac 2026M
Rujukan: JPKK/A/357(A)(i)