Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) melalui Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang telah menjalankan gerakan operasi bersepadu bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) pada hari Sabtu, 07hb Februari 2026 di kawasan Kg Menunggol (Area of Operation II).

Hasil operasi telah menemukan dan menahan barang-barang kesalahan kastam iaitu:

  • 1,110 karton rokok;
  • 108 botol dan 02 tin minuman keras; dan
  • Dua buah perahu berserta enjin yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti penyeludupan.

Kesemua barang-barang terbabit telah dirampas dan dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan Undang-Undang untuk siasatan lanjut.

Sehubungan dengan itu, JKED mengingatkan kepada orang ramai untuk sentiasa mematuhi mana-mana perundangan Negara ini termasuk mengelakkan sebarang penglibatan dalam memiliki, menjual ataupun membeli barang-barang sekatan dan  larangan Kastam. Barangsiapa yang didapati terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang sepertimana peruntukan kuasa di bawah Perintah Kastam 2006 / Perintah Eksais 2006.

Dalam pada yang sama, JKED turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan kerjasama dalam menyalurkan maklumat-maklumat yang berkaitan. Orang ramai dialu-alukan untuk melaporkan mana-mana kejadian yang menyalahi perundangan Kastam dan Eksais dengan cara menghubungi Jabatan Kastam dan Eksais Diraja di talian +673 8714422 / +673 8721422 ataupun terus membuat laporan ke pejabat Kastam yang berdekatan.

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA
KEMENTERIAN KEWANGAN DAN EKONOMI
Tarikh: 10.02.2026
RUJ KES KASTAM: ENF/PR//2026