Sign In
Web Creator

Malay | English

​​​​Ringkasan Mengenai Akta Dana Sustainabiliti


Dana Sustainabiliti

Tujuan utama Dana Sustainabiliti di wujudkan adalah untuk memudahkan dalam memungut, memasuk-kirakan dan meyalurkan bahagian yang berkenaan dari hasil Kerajaan kepada Sub Dana-Dana Amanah. Dana Sustainabiliti ditadbir oleh Lembaga Pengarah dan Peruntukan yang dimana Lembaga Dana Sustainabiliti mempunyai penasihat-penasihat dari Ahli Jawatankuasa Peruntukan Dana bagi setiap Sub Dana-Dana Amanah.


Sub Dana-Dana Amanah

Setiap Sub Dana Amanah mempunyai tujuan dan matlamat yang berlainan mengikut Akta Dana Sustainabiliti; Setiap Sub Dana Amanah juga mempunyai Lembaga Eksekutif yang mentadbir secara tersendiri dan ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Kerajaan.


Dana Rizab Penstabilan Fiskal

Tujuan Dana Rizab Penstabilan Fiskal adalah untuk memperuntukkan wang-wang kepada perbelanjaan tahunan jika terdapat kekurangan yang diakibatkan oleh hasil minyak yang tidak mencukup (seperti ditakrifkan dalam Akta Dana Sustainabiliti).


Dana Persaraan

Tujuan Dana Persaraan adalah untuk membiayai tanggungan Kerajaan yang berkaitan dengan Persaraan, Elaun dan faedah-faedah yang diberikan di bawah Akta Pencen Umur dan Pencen, Akta Pencen (Bab 38), Akta Angkatan Tentera Diraja Brunei (Bab 149); Peraturan-Peraturan Polis (S 59/58) dan Peraturan-Peraturan Penjara dan bidangkuasa Kerajaan yang dibuat di bawah Akta Tabung Amanah Pekerja dan apa-apa skim pencen pencarum yang diperkenalkan oleh Kerajaan.


Dana Modal Pembangunan Strategik

Tujuan Dana Modal Pembangunan Strategik adalah untuk menyediakan sumber kewangan berupa risk capital untuk pembangunan strategik tempatan; dan menawarkan penyertaan pelaburan sebagai rakan kongsi tempatan bagi pelabur-pelabur asing yang berhasrat untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai destinasi pelaburan mereka.